RESEPI OH RESEPI !!
Assalamualaikum ! Koleksi resepi-resepi dari ibunda tersayang juga ciptaan sendiri yang ingin saya kongsikan bersama-sama rakan juga anda yang sudi menjengah ke blog saya ini.. Selamat mencuba dan Terima Kasih atas kesudian melihat blog ini..
SAJIAN UNTUK SEKELUARGA
NASI PLANTA
BAHAN-BAHAN NYA !!
3 pot beras biasa
3 cawan air
1 cawan santan @ susu cair
1 labu bawang besar / 1 ulas bawang putih
3 sudu planta
buah pelaga / bunga lawang / kulit kayu manis
sedikit garam {ikut citarasa}
bawang goreng untuk hiasan
CARA - CARA PENYEDIAAN !!
Tumiskan bawang besar dan bawang putih bersama planta
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis masak sehingga kuning
Masukkan beras, air, santan @ susu cair serta garam
Angkat dan masukkan ke dalam microwave selama 25 minit
Sedia untuk hidangan, taburkan bawang goreng sebagai hiasan.. SELAMAT MENJAMU SELERA !!
AYAM MASAK MADU
BAHAN-BAHAN NYA !!
1/2 ekor ayam
garam / kunyit / 1 sudu rempah kari
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
bawang besar / cili kering
madu / gula merah @ gula biasa
sos tomato puree / air
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
potong ayam mengikut kesukaan
perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah di tumbuk serta garam , kunyit dan rempah kari
ketuk-ketuk ayam untuk asingkan dari bahan perapan. simpan bahan perapan untuk kuah
goreng ayam hingga kuning setelah siap ketepikan
kemudian goreng pula bawang besar, cili kering, tomato puree, gula merah, air, madu dan bahan perapan tadi
setelah agak masak masukkan ayam
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!
SAYUR GORENG
{kacang panjang bersama lobak merak}
BAHAN - BAHAN NYA !!
10 tangkai kacang panjang / 1 biji lobak merah
1/2 ulas bawang merah / 1 ulas bawang putih
5 biji cili padi { dibelah 2 }
garam / sedikit serbuk perasa
sedikit ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
- bawang merah, bawang putih dan cili padi dimayang halus
- goreng ikan bilis sampai garing
- masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi
- setelah agak kuning masukkan lobak merah dan kacang panjang
- tutup sebentar hingga agak masak kemudian padamkan api
Sedia untuk hidangan..
SELAMAT MENCUBA !!
PAJERI NENAS
BAHAN - BAHAN NYA !!
Nenas setengah biji { dibelah 2 & potong ikut kesesuaian}
1 labu bawang merah / 3 ulas bawang putih / sedikit halia
rempah kari / kerisik
bunga lawang / kulit kayu manis
secubit garam dan gula {sedikit serbuk perasa jika suka}
air dan sedikit minyak untuk menumis
CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama
tumiskan sehingga agak kuning masukkan bunga lawang, kayu manis, rempah kari dan kerisik
setelah agak masak masukkan garam dan gula - kacau
kemudian masukkan nenas dan biar seketika
tambah air sedikit untuk menjadikan kuah nya {ikut citarasa masing2}
Sedia untuk hidangan..
SELAMAT MENCUBA !!
DAGING CILI MERAH
BAHAN - BAHAN NYA !!
1/2 kilo daging
1 labu bawang besar / 2 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah / 5 tangkai cili padi { ikut citarasa }
cili kering dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air dan minyak untuk menumis
CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
- rebus daging terlebih dahulu
- tumbuk 1/2 labu bawang, cili merah dan cili padi - bawang putih dicincang halus
- panas minyak tumiskan bawang putih bersama bahan yang ditumbuk
- setelah bahan tumis agak masak masukkan daging, sedikit air dan cili kering
- tambahkan garam dan gula {sedikit serbuk perasa jika mahu} juga masukkan 1/2 labu bawang besar lagi yang di mayang kasar, biar sehingga masak
Sedia untuk hidangan..
SELAMAT MENCUBA !!
TAUCU IKAN SARDIN
BAHAN - BAHAN NYA !!
Ikan sardin - berapa ekor ikut citarasa
{ boleh juga menggunakan ikan lain}
1/2 labu bawang merah, 2 ulas bawang putih
sedikit halia / 4 tangkai cili padi { dibelah 2 }
taucu / sedikit air
secubit garam dan gula
serbuk kunyit
minyak untuk menumis
CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
- goreng ikan yang digaul bersama kunyit dan garam
- tumis minyak bersama bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dimayang halus
- agak kuning masukkan taucu dan sedikit air untuk kuah nya
- tunggu hingga mendidih
- masukkan ikan dan secubit garam serta gula ikut citaras
Sedia untuk hidangan..
SELAMAT MENCUBA !!
SAWI DAN KUBIS GORENG
BAHAN - BAHAN NYA !!
Sawi seikat / suku biji kubis
1/2 biji bawang besar / 1 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi { dibelah 2}
sedikit ikan bilis
serbuk pati ikan bilis / secubit garam
minyak untuk menumis
CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
- potong sawi dan kubis ikut citarasa , bawang besar dan bawang putih dimayang halus
- panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai agak garing
- masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan batang sawi untuk melembutkan nya
- agak garing masukkan sayur sawi dan kubis
- masuk serbuk ikan bilis dan secubit garam
- tutup kuali sebentar sebelum menghidang kan
Sedia untuk hidangan..
SELAMAT MENCUBA !!
NASI GORENG SIMPLE
BAHAN - BAHAN NYA !!
Nasi putih - 1 mangkuk
2 biji telur / sedikit ikan bilis goreng
sedikit fishcake
2 ulas bawang putih / 4 tangkai cili padi { ikut citarasa }
sedikit garam dan serbuk pati ayam
minyak untuk menumis
CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
buatkan telur hancur dahulu - ketepikan
kemudian goreng ikan bilis, angkat dan toskan
tumis bawang putih, cili padi dan fishcake sampai kuning
masukkan nasi dan kacau
masukkan ikan bilis, sedikit garam dan serbuk pati ayam - kacau lagi
akhir sekali masukkan telur hancur tadi sebelum di hidangkan
Sedia untuk hidangan..
SELAMAT MENCUBA !!
AYAM GORENG TIRAM
BAHAN - BAHAN NYA !!
1/2 ekor ayam { potong ikut citarasa}
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
sos tiram
serbuk kunyit
minyak untuk mengoreng
CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
- gaulkan ayam dengan garam, gula, serbuk perasa
- tambah sos tiram gaul lagi sampai sebati
- taburkan serbuk kunyit dan sedia untuk digoreng
Sesuai untuk semua jenis nasi, sedia untuk di hidangkan..
SELAMAT MENCUBA !!
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN NYA !!
1/2 ekor ayam
garam / gula / rempah kari
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
2 labu bawang besar / sedikit cili kering
kulit kayu manis / bunga lawang
1 biji ubi kentang dan lobak merah
sedikit minyak untuk menumis / air
CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
potong ayam mengikut kesukaan
kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama
panaskan minyak tumis bahan kisar bersama kayu manis dan bunga lawang
kemudian masuk rempah kari yang telah dibancuh dengan air juga ubi kentang dan lobak merah
setelah agak masak masukkan ayam kacau hingga sebati
tambahkan cili kering 2 sudu makan, garam dan gula, tutup sebentar hingga ayam masak
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!
RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN NYA !!
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
2 labu bawang besar / 3 batang serai / cili kering
sedikit kerisik / santan pekat
garam / gula / sedikit serbuk jintan manis
CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai
panaskan kuali masuk ayam tanpa guna minyak
masukkan bahan kisar, sedikit cili kering kisar dan kerisik
kacau rata dan biarkan sampai ayam empuk
masukkan santan, garam, gula dan sedikit serbuk jintan manis {ikut citarasa jika suka}
kacau hingga ayam betul2 masak dan agak kering
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!