Ahad, 8 Mei 2011

DARI DAPUR NORIDZ 1

RESEPI OH RESEPI !!

 
Assalamualaikum ! Koleksi resepi-resepi dari ibunda tersayang juga ciptaan sendiri yang ingin saya kongsikan bersama-sama rakan juga anda yang sudi menjengah ke blog saya ini.. Selamat mencuba dan Terima Kasih atas kesudian melihat blog ini..

SAJIAN UNTUK SEKELUARGA

NASI PLANTA

BAHAN-BAHAN NYA !!

3 pot beras biasa
3 cawan air
1 cawan santan @ susu cair
1 labu bawang besar /  1 ulas bawang putih
3 sudu planta
buah pelaga / bunga lawang / kulit kayu manis
sedikit garam {ikut citarasa}
bawang goreng untuk hiasan

CARA - CARA PENYEDIAAN !!
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih bersama planta
  • Masukkan buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis masak sehingga kuning
  • Masukkan beras, air, santan @ susu cair serta garam
  • Angkat dan masukkan ke dalam microwave selama 25 minit
Sedia untuk hidangan, taburkan bawang goreng sebagai hiasan.. SELAMAT MENJAMU SELERA !!

AYAM MASAK MADU
BAHAN-BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam
garam / kunyit / 1 sudu rempah kari
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
bawang besar / cili kering
madu / gula merah @ gula biasa
sos tomato puree / air
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • potong ayam mengikut kesukaan
  • perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah di tumbuk serta garam , kunyit dan rempah kari
  • ketuk-ketuk ayam untuk asingkan  dari bahan perapan. simpan bahan perapan untuk kuah
  • goreng ayam hingga kuning setelah siap ketepikan
  • kemudian goreng pula bawang besar, cili kering, tomato puree, gula merah, air, madu dan bahan perapan tadi
  • setelah agak masak masukkan ayam
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

SAYUR GORENG
{kacang panjang bersama lobak merak}


BAHAN - BAHAN NYA !!

10 tangkai kacang panjang / 1 biji lobak merah
1/2 ulas bawang merah / 1 ulas bawang putih
5 biji cili padi { dibelah 2 }
garam / sedikit serbuk perasa
sedikit ikan bilis 
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • bawang merah, bawang putih dan cili padi dimayang halus
  • goreng ikan bilis sampai garing
  • masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi
  • setelah agak kuning masukkan lobak merah dan kacang panjang
  • tutup sebentar hingga agak masak kemudian padamkan api
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

PAJERI NENAS

BAHAN - BAHAN NYA !!

Nenas setengah biji { dibelah 2 & potong ikut kesesuaian}
1 labu bawang merah / 3 ulas bawang putih / sedikit halia
rempah kari / kerisik
bunga lawang / kulit kayu manis
secubit garam dan gula {sedikit serbuk perasa jika suka}
air dan sedikit minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama
  • tumiskan sehingga agak kuning masukkan bunga lawang, kayu manis, rempah kari dan kerisik
  • setelah agak masak masukkan garam dan gula - kacau
  • kemudian masukkan nenas dan biar seketika
  • tambah air sedikit untuk menjadikan kuah nya {ikut citarasa masing2}
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

DAGING CILI MERAH

BAHAN - BAHAN NYA !!

1/2 kilo daging
1 labu bawang besar / 2 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah / 5 tangkai cili padi { ikut citarasa }
cili kering dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air dan minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • rebus daging terlebih dahulu
  • tumbuk 1/2 labu bawang, cili merah dan cili padi - bawang putih dicincang halus
  • panas minyak tumiskan bawang putih bersama bahan yang ditumbuk
  • setelah bahan tumis agak masak masukkan daging, sedikit air dan cili kering
  • tambahkan garam dan gula {sedikit serbuk perasa jika mahu} juga masukkan 1/2 labu bawang besar lagi yang di mayang kasar, biar sehingga masak
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

TAUCU IKAN SARDIN


BAHAN - BAHAN NYA !!

Ikan sardin - berapa ekor ikut citarasa
{ boleh juga menggunakan ikan lain}
1/2 labu bawang merah, 2 ulas bawang putih
sedikit halia / 4 tangkai cili padi { dibelah 2 }
taucu / sedikit air
secubit garam dan gula
serbuk kunyit
minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • goreng ikan yang digaul bersama kunyit dan garam
  • tumis minyak bersama bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dimayang halus
  • agak kuning masukkan taucu dan sedikit air untuk kuah nya
  • tunggu hingga mendidih
  • masukkan ikan dan secubit garam serta gula ikut citaras
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

SAWI DAN KUBIS GORENG

BAHAN - BAHAN NYA !!

Sawi seikat / suku biji kubis
1/2 biji bawang besar / 1 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi { dibelah 2}
sedikit ikan bilis 
serbuk pati ikan bilis / secubit garam
minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • potong sawi dan kubis ikut citarasa , bawang besar dan bawang putih dimayang halus
  • panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai agak garing
  • masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan batang sawi untuk melembutkan nya
  • agak garing masukkan sayur sawi dan kubis
  • masuk serbuk ikan bilis dan secubit garam
  • tutup kuali sebentar sebelum menghidang kan
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

NASI GORENG SIMPLE


BAHAN - BAHAN NYA !!

Nasi putih - 1 mangkuk
2 biji telur / sedikit ikan bilis goreng
sedikit fishcake
2 ulas bawang putih / 4 tangkai cili padi { ikut citarasa }
sedikit garam dan serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • buatkan telur hancur dahulu - ketepikan
  • kemudian goreng ikan bilis, angkat dan toskan
  • tumis bawang putih, cili padi dan fishcake sampai kuning
  • masukkan nasi dan kacau
  • masukkan ikan bilis, sedikit garam dan serbuk pati ayam - kacau lagi
  • akhir sekali masukkan telur hancur tadi sebelum di hidangkan
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

AYAM GORENG TIRAM

BAHAN - BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam { potong ikut citarasa}
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
sos tiram 
serbuk kunyit
minyak untuk mengoreng

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • gaulkan ayam dengan garam, gula, serbuk perasa
  • tambah sos tiram gaul lagi sampai sebati
  • taburkan serbuk kunyit dan sedia untuk digoreng
Sesuai untuk semua jenis nasi, sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

KARI AYAM

BAHAN-BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam
garam / gula / rempah kari
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
2 labu bawang besar / sedikit cili kering
kulit kayu manis / bunga lawang
1 biji ubi kentang dan lobak merah
sedikit minyak untuk menumis / air

CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • potong ayam mengikut kesukaan
  • kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama
  • panaskan minyak tumis bahan kisar bersama kayu manis dan bunga lawang
  • kemudian masuk rempah kari yang telah dibancuh dengan air juga ubi kentang dan lobak merah
  • setelah agak masak masukkan ayam kacau hingga sebati
  • tambahkan cili kering 2 sudu makan, garam dan gula, tutup sebentar hingga ayam masak
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
2 labu bawang besar / 3 batang serai / cili kering
sedikit kerisik / santan pekat
garam / gula / sedikit serbuk jintan manis

CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai
  • panaskan kuali masuk ayam tanpa guna minyak
  • masukkan bahan kisar, sedikit cili kering kisar dan kerisik
  • kacau rata dan biarkan sampai ayam empuk
  • masukkan santan, garam, gula dan sedikit serbuk jintan manis {ikut citarasa jika suka}
  • kacau hingga ayam betul2 masak dan agak kering
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

DARI DAPUR NORIDZ 2

RESEPI OH RESEPI



sarapan pagi amat penting untuk menjadikan permulaan hari seseorang itu ceria dan bertenaga, bergantung kepada apa yang dimakan nyata sekali sarapan pagi perlu di ambil untuk memastikan badan kita kekal sihat dan cergas.. Jadi makanlah sarapan yang berkhasiat mengikut keperluan badan bukan keperluan nafsu semata..

SELAMAT BERSARAPAN !!




BUKU RESEPI KU

CUCUR PISANG

BAHAN - BAHAN NYA !!

Pisang - 7 ke 8 biji
tepung gandum ikut sukatan pisang
secubit garam dan gula
sedikit minyak

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • hancurkan pisang dan kacau bersama dengan tepung
  • masukkan secubit garam dan gaul hingga sebati
  • panaskan minyak dan goreng hingga garing
Sedia untuk di hidangkan bersama teh, kopi atau nescafe panas.. SELAMAT MENCUBA !!


CUCUR BILIS

BAHAN - BAHAN NYA !!

Ikan bilis dibersihkan dan direndam sebentar
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 labu bawang besar
sedikit cili kering kisar
secubit garam / minyak untuk menggoreng

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • campurkan tepung bersama ikan bilis, bawang, cili kering dan garam
  • gaul hingga sebati adunan nya, panaskan minyak
  • bentukkan bulat-bulat dan boleh lah di goreng 
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !! 

NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN - BAHAN NYA !!

Nasi putih yang telah di sejukkan
ikan bilis {banyak nya ikut citarasa}
2 biji telur {di goreng hancur}
2 ulas bawang putih / 4 tangkai cili padi
serbuk pati ayam / serbuk cili
sedikit garam / minyak

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA!!
  • goreng telur buatkan menjadi telur hancur
  • ikan bilis hingga garing ketepikan
  • goreng bawang putih bersama cili padi yang ditumbuk terlebih dahulu
  • masukkan nasi, ikan bilis, telur, sedikit serbuk pati ayam, sedikit serbuk cili dan secubit garam gaul sebati
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

BIHUN GORENG

BAHAN - BAHAN NYA !!

Setengah peket bihun
2 biji telur / 1 keping fishcake
2 ulas bawang putih
sedikit taugeh / cili kering
kicap pekat / kicap cair
garam / gula / serbuk perasa
sedikit minyak

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • panaskan minyak masukkan bawang putih yang ditumbuk, kemudian masuk cili kering dan fishcake
  • tambah kicap pekat dan kicap cair ikut citarasa
  • masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa kacau sebati
  • masuk pula bihun dan kacau lagi hingga semua bahan meresap ke bihun
  • tambah telur dan taugeh
Sedia untuk di hidangkan bersama teh, kopi atau nescafe panas.. SELAMAT MENCUBA !!

MEE GORENG

BAHAN - BAHAN NYA !!

1 peket mee kuning
2 biji telur / 1 keping fishcake
sedikit isi ayam
2 ulas bawang putih
sedikit taugeh / cili kering
kicap pekat / kicap cair
garam / gula / serbuk perasa
sedikit minyak

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • goreng bawang putih yang ditumbuk bersama isi ayam, kemudian masuk cili kering dan fishcake
  • tambah kicap pekat dan kicap cair ikut citarasa
  • masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa kacau sebati
  • masuk pula mee dan kacau lagi
  • tambah telur dan taugeh
Sedia di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

HADIAH HARI IBU

08 MEI 2011







SELAMAT HARI IBU.. 08 MEI adalah tarikh untuk hari ibu, sambutan biasa kerana ibu telah kembali kerahmahtullah.. AL-FATIHAH BUAT IBU CHE JAM BINTI OMAR, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang solehah dan beriman.. AMIN !!





Sempena hari ibu, saya buat kan hadiah untuk kakak saya NOR HAYATI HUSSIN yang menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata nya.. Coklat khas buataan sendiri yang di pek istimewa buatnya.. SELAMAT HARI IBU KAKAK KU !! dan TERIMA KASIH kerana mengganti tempat ibu..

BENTUK ROSE COKLAT KU

BENTUK HATI / LOVE JUGA

INILAH BENTUK BUNGKUSAN, SIMPLE SAJA !!



THANKS FOR EVERYTHING !!

Pengikut