Ahad, 8 Mei 2011

DARI DAPUR NORIDZ 1

RESEPI OH RESEPI !!

 
Assalamualaikum ! Koleksi resepi-resepi dari ibunda tersayang juga ciptaan sendiri yang ingin saya kongsikan bersama-sama rakan juga anda yang sudi menjengah ke blog saya ini.. Selamat mencuba dan Terima Kasih atas kesudian melihat blog ini..

SAJIAN UNTUK SEKELUARGA

NASI PLANTA

BAHAN-BAHAN NYA !!

3 pot beras biasa
3 cawan air
1 cawan santan @ susu cair
1 labu bawang besar /  1 ulas bawang putih
3 sudu planta
buah pelaga / bunga lawang / kulit kayu manis
sedikit garam {ikut citarasa}
bawang goreng untuk hiasan

CARA - CARA PENYEDIAAN !!
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih bersama planta
  • Masukkan buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis masak sehingga kuning
  • Masukkan beras, air, santan @ susu cair serta garam
  • Angkat dan masukkan ke dalam microwave selama 25 minit
Sedia untuk hidangan, taburkan bawang goreng sebagai hiasan.. SELAMAT MENJAMU SELERA !!

AYAM MASAK MADU
BAHAN-BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam
garam / kunyit / 1 sudu rempah kari
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
bawang besar / cili kering
madu / gula merah @ gula biasa
sos tomato puree / air
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • potong ayam mengikut kesukaan
  • perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah di tumbuk serta garam , kunyit dan rempah kari
  • ketuk-ketuk ayam untuk asingkan  dari bahan perapan. simpan bahan perapan untuk kuah
  • goreng ayam hingga kuning setelah siap ketepikan
  • kemudian goreng pula bawang besar, cili kering, tomato puree, gula merah, air, madu dan bahan perapan tadi
  • setelah agak masak masukkan ayam
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

SAYUR GORENG
{kacang panjang bersama lobak merak}


BAHAN - BAHAN NYA !!

10 tangkai kacang panjang / 1 biji lobak merah
1/2 ulas bawang merah / 1 ulas bawang putih
5 biji cili padi { dibelah 2 }
garam / sedikit serbuk perasa
sedikit ikan bilis 
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • bawang merah, bawang putih dan cili padi dimayang halus
  • goreng ikan bilis sampai garing
  • masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi
  • setelah agak kuning masukkan lobak merah dan kacang panjang
  • tutup sebentar hingga agak masak kemudian padamkan api
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

PAJERI NENAS

BAHAN - BAHAN NYA !!

Nenas setengah biji { dibelah 2 & potong ikut kesesuaian}
1 labu bawang merah / 3 ulas bawang putih / sedikit halia
rempah kari / kerisik
bunga lawang / kulit kayu manis
secubit garam dan gula {sedikit serbuk perasa jika suka}
air dan sedikit minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama
  • tumiskan sehingga agak kuning masukkan bunga lawang, kayu manis, rempah kari dan kerisik
  • setelah agak masak masukkan garam dan gula - kacau
  • kemudian masukkan nenas dan biar seketika
  • tambah air sedikit untuk menjadikan kuah nya {ikut citarasa masing2}
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

DAGING CILI MERAH

BAHAN - BAHAN NYA !!

1/2 kilo daging
1 labu bawang besar / 2 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah / 5 tangkai cili padi { ikut citarasa }
cili kering dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air dan minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • rebus daging terlebih dahulu
  • tumbuk 1/2 labu bawang, cili merah dan cili padi - bawang putih dicincang halus
  • panas minyak tumiskan bawang putih bersama bahan yang ditumbuk
  • setelah bahan tumis agak masak masukkan daging, sedikit air dan cili kering
  • tambahkan garam dan gula {sedikit serbuk perasa jika mahu} juga masukkan 1/2 labu bawang besar lagi yang di mayang kasar, biar sehingga masak
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

TAUCU IKAN SARDIN


BAHAN - BAHAN NYA !!

Ikan sardin - berapa ekor ikut citarasa
{ boleh juga menggunakan ikan lain}
1/2 labu bawang merah, 2 ulas bawang putih
sedikit halia / 4 tangkai cili padi { dibelah 2 }
taucu / sedikit air
secubit garam dan gula
serbuk kunyit
minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • goreng ikan yang digaul bersama kunyit dan garam
  • tumis minyak bersama bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dimayang halus
  • agak kuning masukkan taucu dan sedikit air untuk kuah nya
  • tunggu hingga mendidih
  • masukkan ikan dan secubit garam serta gula ikut citaras
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

SAWI DAN KUBIS GORENG

BAHAN - BAHAN NYA !!

Sawi seikat / suku biji kubis
1/2 biji bawang besar / 1 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi { dibelah 2}
sedikit ikan bilis 
serbuk pati ikan bilis / secubit garam
minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • potong sawi dan kubis ikut citarasa , bawang besar dan bawang putih dimayang halus
  • panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai agak garing
  • masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan batang sawi untuk melembutkan nya
  • agak garing masukkan sayur sawi dan kubis
  • masuk serbuk ikan bilis dan secubit garam
  • tutup kuali sebentar sebelum menghidang kan
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

NASI GORENG SIMPLE


BAHAN - BAHAN NYA !!

Nasi putih - 1 mangkuk
2 biji telur / sedikit ikan bilis goreng
sedikit fishcake
2 ulas bawang putih / 4 tangkai cili padi { ikut citarasa }
sedikit garam dan serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • buatkan telur hancur dahulu - ketepikan
  • kemudian goreng ikan bilis, angkat dan toskan
  • tumis bawang putih, cili padi dan fishcake sampai kuning
  • masukkan nasi dan kacau
  • masukkan ikan bilis, sedikit garam dan serbuk pati ayam - kacau lagi
  • akhir sekali masukkan telur hancur tadi sebelum di hidangkan
Sedia untuk hidangan.. SELAMAT MENCUBA !!

AYAM GORENG TIRAM

BAHAN - BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam { potong ikut citarasa}
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
sos tiram 
serbuk kunyit
minyak untuk mengoreng

CARA - CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • gaulkan ayam dengan garam, gula, serbuk perasa
  • tambah sos tiram gaul lagi sampai sebati
  • taburkan serbuk kunyit dan sedia untuk digoreng
Sesuai untuk semua jenis nasi, sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

KARI AYAM

BAHAN-BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam
garam / gula / rempah kari
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
2 labu bawang besar / sedikit cili kering
kulit kayu manis / bunga lawang
1 biji ubi kentang dan lobak merah
sedikit minyak untuk menumis / air

CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • potong ayam mengikut kesukaan
  • kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama
  • panaskan minyak tumis bahan kisar bersama kayu manis dan bunga lawang
  • kemudian masuk rempah kari yang telah dibancuh dengan air juga ubi kentang dan lobak merah
  • setelah agak masak masukkan ayam kacau hingga sebati
  • tambahkan cili kering 2 sudu makan, garam dan gula, tutup sebentar hingga ayam masak
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN NYA !!

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih / 1 inci halia
2 labu bawang besar / 3 batang serai / cili kering
sedikit kerisik / santan pekat
garam / gula / sedikit serbuk jintan manis

CARA-CARA PENYEDIAAN NYA !!
  • kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai
  • panaskan kuali masuk ayam tanpa guna minyak
  • masukkan bahan kisar, sedikit cili kering kisar dan kerisik
  • kacau rata dan biarkan sampai ayam empuk
  • masukkan santan, garam, gula dan sedikit serbuk jintan manis {ikut citarasa jika suka}
  • kacau hingga ayam betul2 masak dan agak kering
Sedia untuk di hidangkan.. SELAMAT MENCUBA !!

Pengikut